Hadiah bermakna Kerajaan Pahang buat Orang Asli suku Bateq Bechah Kelubi

Hadiah bermakna Kerajaan Pahang buat Orang Asli suku Bateq Bechah Kelubi

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar

KUANTAN: Kerajaan Pahang meneruskan komitmen untuk membela nasib rakyat pelbagai kaum di negeri ini apabila meluluskan tambahan rizab penempatan 7.014 hektar buat masyarakat Orang Asli suku Bateq Bechah Kelubi di Kampung Teluk Gunung, Mukim Batu Yon, Lipis.

  Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata keputuan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri, di sini, semalam. 

  “Kelulusan dibuat mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN), bertujuan untuk penempatan Orang Asli Suku Bateq yang sudah lama menetap di kawasan itu. Ia juga susulan permohonan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. 

  “Kawasan yang dipohon adalah peluasan kawasan penempatan 163 Orang Asli Benchah Kelubi seluas dua hektar, yang sudah didirikan 20 rumah dengan bantuan Kerajaan Pahang serta turut diusahakan tanaman dusun dan getah,” katanya.

Kampung Orang Asli Suku Bateq Benchah Kelubi,  Teluk Gunung, Lipis

  Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

  Wan Rosdy berkata, langkah perizaban itu dijangka dapat mencegah penerokaan haram oleh pihak luar ke kawasan penempatan Orang Asli suku Bateq terbabit.

   “Perizaban ini sebagai mengiktiraf hak, memelihara dan melindungi tanah Orang Asli suku berkenaan yang sudah menduduki kawasan itu secara tetap selama ini.

  “Saya berharap keputusan kerajaan negeri ini akan mendatangkan kelegaan dalam kalangan Orang Asli suku Bateq Bechah Kelubi dan semoga mereka dapat meneruskan kehidupan harian dengan selesa dan sejahtera, Insya-Allah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *