HoSHAS beroperasi seperti biasa, hanya beberapa bahagian ditutup sementara

HoSHAS beroperasi seperti biasa, hanya beberapa bahagian ditutup sementara

Izzah Yusoff

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUANTAN: Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh tetap beroperasi sepertl biasa meskipun terdapat beberapa bahagian ditutup sementara untuk kerja-kerja disinfeksi berikutan penularan pandemik COVID-19 di hospital berkenaan.

  Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Che Awang berkata, penutupan itu bermula semalam hingga 20 Jun ini membabitkan Klinik Pakar Unit Rawatan Harian, Unit Hemodialisis dan Jabatan Rehabilitasi.

Hospital  Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh

  Sehubungan itu, katanya, pesakit yang memerlukan rawatan akan dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan berhampiran.

  Beliau berkata, penularan jangkitan berlaku di wad biasa apabila kes indeks iaitu seorang lelaki berusia 20-an dari Maran yang menjaga bapanya di sebuah wad minggu lalu.

  “Penularan berlaku di wad biasa, bukannya wad khas pesakit COVID-19 seperti yang tular di media sosial.

  “Berikutan itu, penilaian risiko dijalankan ke atas semua pesakit dan kakitangan kesihatan di wad terbabit dengan semua yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat kepada kes positif sudah dibuat saringan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

  Menurutnya, pesakit yang terdedah kepada risiko jangkitan namun masih negatif sudahpun diasingkan di bilik pengasingan untuk dibuat sampel ulangan, manakala semua kakitangan yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat pula dikuarantin.

  “Pihak pengurusan hospital sudah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan selain wad terbabit ditutup sementara daripada menerima pesakit baharu untuk tujuan dekontaminasi,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *