Pahang perlu capai imuniti kelompok sebelum musim tengkujuh

Pahang perlu capai imuniti kelompok sebelum musim tengkujuh

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar

KUANTAN: Pahang harus memenuhi sasaran vaksinasi seramai 80 peratus daripada populasi sekali gus mencapai imunisasi kelompok sebelum Oktober ini.

  Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 ketika negeri ini berdepan bencana banjir yang dijangka bermula Oktober.

Menteri Besar Dato Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail

  “Bagi menghadapi musim tengkujuh dan banjir yang dijangka bermula Oktober ini, kerajaan negeri memohon supaya jumlah pemberian vaksin dinaikkan sehingga 30,200 dos setiap hari, sekali gus mengelakkan peningkatan jangkitan COVID-19 ketika negeri ini berdepan musibah banjir. 

  “Kita juga memohon Pusat Pemberian Vaksin di negeri ditambah bagi meningkatkan keupayaan pemberian vaksin kepada rakyat Pahang,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.

  Setakat semalam, peratusan rakyat Pahang yang sudah divaksinasi setakat semalam mencapai 14 peratus daripada populasi, manakala seramai 645,521 orang atau 54.9 peratus sudah mendaftar dengan MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menerusi PICK.

  Sementara itu, Wan Rosdy mengucapkan terima kasih kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelars Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin yang sudi mendengar pandangan Kerajaan Pahang ketika menyertai Mesyuarat Task Force Program Imunisasi COVID-19 (CITF) Kebangsaan Peringkat Negeri, hari ini. 

  “Saya ucapkan terima kasih kepada YB Menteri (Khairy) kerana sudi mendengar pandangan kami terutama berkaitan penambahan vaksin untuk kita selesaikan sebelum musim tengkujuh.

  “Berkemungkinan ia (vaksin) akan dihantar dalam jumlah besar iaitu lebih 400,000 dos pada Julai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *