Sudah 14 peratus rakyat Pahang divaksinasi setakat semalam

Sudah 14 peratus rakyat Pahang divaksinasi setakat semalam

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar

KUANTAN: Peratusan rakyat Pahang yang sudah divaksinasi setakat semalam mencapai 14 peratus daripada populasi, meningkat sedikit daripada 13.7 peratus yang dicatatkan kelmarin. 

  Berdasarkan perangkaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), jumlah mereka yang sudah divaksinasi di negeri ini semalam adalah seramai 164,363 orang, bertambah 3,209 orang berbanding 161,154 sehari sebelumnya.

  Seramai 645,521 orang atau 54.9 peratus sudah mendaftar dengan MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 (PICK) Kebangsaan di Pahang. 

  Menurut JKJAV lagi, secara keseluruhannya seramai 14,637,437 sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin menerusi PICK di negara ini, manakala jumlah mereka yang sudah divaksinasi ialah seramai 3,810,071 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *