HTAA dapat sumbangan 25 kerusi roda

HTAA dapat sumbangan 25 kerusi roda

Husin Ibrahim

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUANTAN: Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini menerima sumbangan 25 buah kerusi roda daripada Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang .

  Sumbangan disampaikan Timbalan Presiden MBN Pahang, Nor Aliff Yaakob kepada Pengarah HTAA, Dr Rahimah Ibrahim.

  Dr Rahimah yang ditemui Fikrah Pahang selepas majlis penyerahan berkata, bantuan kerusi roda itu amat dialu-alukan pihaknya untuk keperluan berterusan pesakit hospital.

KUANTAN 19 Jun 2021- Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang, Nor Aliff Yaakob (tiga dari kiri)  menyerahkan sumbangan 25 buah kerusi roda kepada Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr Rahimah Ibrahim untuk keperluan pesakit di hospital tersebut.

  “Sebanyak 10 kerusi roda akan digunakan di Unit Perubatan Transfusi manakala selebihnya akan digunakan pesakit di wad lain di HTAA,” katanya.

  Sementara itu, Nor Aliff berkata, pihaknya berharap sumbangan kerusi roda itu dimanfaatkan sepenuhnya dan digunakan pesakit HTAA yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *