JKM agih hampir 30,000 bakul makanan PERMAI di Pahang

JKM agih hampir 30,000 bakul makanan PERMAI di Pahang

Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Gambar Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang mengagihkan sebanyak 28,097 bantuan bakul makanan PERMAI (Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia) kepada ketua isi rumah (KIR) yang layak berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

KUANTAN..Pengarah JKM Pahang Zulkhairi Zainol Abidin (kanan) menyerahkan bantuan bakul makanan Permai kepada penduduk Pulau Tioman.

  Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, program agihan secara berperingkat bermula April lalu dan dijangka selesai sepenuhnya akhir bulan ini. 

  “Program bakul makanan PERMAI bernilai RM100 setiap satu dan hanya diberikan kepada individu yang layak sahaja yang mana kebanyaknya diberikan kepada penerima bantuan bulanan JKM seluruh Pahang.

KUANTAN..Kakitangan JKM Pahang menguruskan 
bantuan bakul makanan Permai di Rompin.

  “Pegawai JKM di peringkat daerah bertanggungjawab sepenuhnya mengagihkan bantuan berkenaan yang terdiri daripada barangan keperluan asas antaranya beras, minyak masak, tepung, sardin, bihun dan gula,” katanya di sini, hari ini.

  Menurutnya, daerah ini menjadi penerima terbanyak program berkenaan iaitu sebanyak 6,388 diikuti Temerloh (3,759), Pekan (3,662), Lipis (2,300), Bentong (2,114), Bera (2,002),Rompin (1,972) dan Jerantut (1,937).

  “Daerah Raub menerima sebanyak 1,567 diikuti Maran (1,565) dan Cameron Highlands masing-masing sebanyak 576,” katanya.

  Beliau berkata, bantuan diberikan itu diharapkan dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan meneruskan kehidupan sepanjang PKP 3.0 yang akan berakhir 28 Jun ini.

  “Saya yakin kerajaan akan terus berusaha membela nasib rakyat bagi memastikan mereka tidak terus tertekan akibat PKP 3.0 yang dilaksanakan bagi mengekang pandemik COVID-19 daripada bermaharajalela,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *