MTSP dan JKKK Sungai Karang Darat ambil inisiatif buka kaunter daftar PICK untuk penduduk kampung

MTSP dan JKKK Sungai Karang Darat ambil inisiatif buka kaunter daftar PICK untuk penduduk kampung

Husin Ibrahim

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUANTAN: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Sungai Karang Darat di sini telah langkah proaktif apabila membuka kaunter untuk memudahkan masyarakat setempat mendaftar dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

  Pengerusi MTSP Indera Mahkota, Ahmad Fadziree Fisar berkata, Inisiatif berkenaan juga mendapat kerjasama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) cawangan Indera Mahkota.

  “Inisiatif ini dapat menyebarkan maklumat lebih tepat mengenai suntikan vaksin. Inisiatif ini diadakan selama dua hari bermula hari ini,” katanya ketika ditemui Fikrah Pahang di sini, hari ini.

  Turut hadir, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Dato’ Kamal Zaim  Mohd Amin dan Nor Asnida Abdullah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *