Orang Pahang masih boleh mohon SPZ, tarikh tutup 28 Jun

Orang Pahang masih boleh mohon SPZ, tarikh tutup 28 Jun

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) meluluskan 19,405 permohonan Sumbangan Prihatin Zakat (SPZ) RM5.25 juta. 

  Bantuan sekali bayar yang kali pertama diperkenalkan itu memberi peluang kepada individu yang layak untuk menerima 

di antara RM200 dan RM300.

  Ketua Unit Pembiayaan Zakat MUIP, Mohd Nasrul Hakim Mat Daut, berkata MUIP membuka permohonan pada 8-14 Jun lalu. 

KUANTAN..Ketua Unit Pembiayaan Zakat MUIP, Mohd Nasrul Hakim Mat Daut.

   Bagaimanapun, katanya, MUIP mengambil keputusan untuk melanjutkan tarikh tutup permohonan kepada 28 Jun ini.

  “Skim ini adalah bukti keprihatinan MUIP kepada golongan terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

  “Ia diharap dapat meringankan beban yang ditanggung terutama bagi mereka yang tidak dapat bekerja kerana ditamatkan perkhidmatan,” katanya dihubungi, di sini, hari ini.

  Beliau berkata, antara syarat permohonan SPZ adalah beragama Islam, rakyat Malaysia, 21 tahun ke atas, pemastautin, bukan penjawat awam dan tiada pendapatan tetap.

  “Urusan permohonan adalah dalam talian dengan melayari https://easnaf.muip.gov.my atau hubungi 011-3016 3882 (WhatsApp),” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *