Syukur terima bantuan tepat pada masa

Syukur terima bantuan tepat pada masa

Izzah Yusoff

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar Mustaffa Kamal

KUANTAN: “Alhamdulillah, dengan bantuan ini dapatlah menampung bekalan makanan saya sekeluarga,” luah Mokhtar Ngah, 65, dari Kampung Sungai Karang Pantai, dekat sini, semalam.

KUANTAN 20 JUN 2021. Persara Kerajaan, Mokhtar Ngah. FIKRAH PAHANG/Mustaffa Kamal

  Warga emas itu antara penerima barangan keperluan asas sumbangan UMNO Bahagian Indera Mahkota.

  Mokhtar yang juga pesara kerajaan berkata, keluarganya memang memerlukan bantuan berkenaan selepas terbeban dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

  “Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada UMNO dan tidak lupa Menteri Besar (Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail) kesayangan kita yang tidak jemu mengagihkan pelbagai bantuan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui Fikrah Pahang, semalam.

KUANTAN 20 JUN 2021. KRT Balok Maju, Nordin Hussin. FIKRAH PAHANG/Mustaffa Kamal

  Bagi Nordin Husin, 62 yang menetap di KRT Balok Maju, dia amat bersyukur dan terharu menerima sumbangan itu.

  “Sumbangan ini tepat pada masanya kerana saya dan keluarga sekarang terjejas pendapatan disebabkan PKP 3.0,” katanya. 

  Sebanyak 20 beg sumbangan yang berisi barangan keperluan asas disampaikan  di Perkarangan Teratak Indera Kasih, Balok.

KUANTAN 20 JUN 2021. Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang COVID-19. FIKRAH PAHANG/Mustaffa Kamal

  Sementara itu,  Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, sumbangan itu diserahkan kepada wakil cawangan UMNO di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)  Beserah sebelum diagihkan kepada mereka yang memerlukan terutama yang terjejas pendapatan sepanjang PKP 3.0.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *