Pahang catat 50 kes COVID-19 baharu

Pahang catat 50 kes COVID-19 baharu

Izzah Yusoff

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak 50 kes baharu dilaporkan di Pahang hari ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif COVID 19 di negeri ini sebanyak 12,080 kes.

  Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) memaklumkan, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 508 kes. 

  “Terdapat 96 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 11,460 kes manakala jumlah kematian adalah 112 kes,” katanya.

  JKNP juga memaklumkan daerah ini, Bentong, Temerloh, Jerantut, Bera dan Maran masih lagi berada dalam zon merah.

  “Cameron Highlands dan Lipis berada dlam zon oren manakala bagi zon kuning pula, Raub, Pekan dan Rompin,” katanya.

  Sementara itu, mengikut perangkaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), seramai 684,762 orang atau 58.24 peratus daripada keseluruhan populasi sudah mendaftar dengan MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pahang, setakat semalam. 

  Jumlah penduduk negeri ini yang sudah divaksinasi pula sebanyak 169,686 atau 14.43 peratus daripada populasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *