MBK nafi bantuan Program Foodbank Bandaraya boleh diterima tiga kali seminggu

MBK nafi bantuan Program Foodbank Bandaraya boleh diterima tiga kali seminggu

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menafikan bantuan Program Foodbank Bandaraya 3.0, diberikan tiga kali seminggu seperti mesej yang tular di media sosia

  Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Norkamawati Kamal, berkata pengagihan bantuan yang dikatakan di Kompleks Bandaraya, dari 9 pagi hingga 6 petang, juga palsu. 

  “Dalam kes ini, MBK menafikan setiap individu yang terjejas kerana COVID-19 boleh menerima lima barang seperti mesej yang ditularkan.

  “Memang benar MBK mengadakan Program Foodbank Bandaraya tetapi ia tidak seperti mesej yang tular di media sosial,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *