32 gajah Kuala Gandah dapat makanan percuma

32 gajah Kuala Gandah dapat makanan percuma

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

TEMERLOH: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang menyumbang buah-buahan buat 32 gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, dekat sini. 

TEMERLOH…FAMA Pahang menyumbang 2.5 tan pisang dan labu kepada PKGK Kuala Gandah untuk makanan 32 gajah.

  Pengarah FAMA Pahang, Noh Nik Wan, berkata 2.5 tan buah-buahan disumbangkan, termasuk 1.5 tan labu manis dan satu tan pisang nangka. 

  Katanya, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu adalah di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Prihatin. 

  Menurutnya, ia kali pertama diadakan bagi menyokong pusat itu yang sebelum ini begitu terkenal sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. 

TEMERLOH:
Ketua Cawangan Komunikasi Korporat FAMA Pahang, 
Mejar Rosli Zakaria (kanan) dan Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman (kiri) memberi gajah makan pisang dan labu.

  Beliau berkata demikian mengulas usaha FAMA Pahang diketuai Ketua Cawangan Komunikasi Korporatnya, Mejar Rosli Zakaria menghantar 2.5 tan pisang nangka dan labu manis buat semua gajah terbabit, di PKGK Kuala Gandah, semalam. 

  Hadir sama Pengurus Pusat Khidmat Pemasaran FAMA Kuantan, Faris Abdullah yang bertanggungjawab menyediakan bantuan berkenaan.

TEMERLOH…
Ketua Cawangan Komunikasi Korporat FAMA Pahang, 
Mejar Rosli Zakaria (kanan) dan Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman (kiri) memberi gajah makan pisang dan labu yang disumbangkan FAMA Pahang.

  Noh berkata, FAMA turut menyumbang lebih dua tan pisang, nanas, keledek dan labu manis kepada empat individu yang terbabit dengan pembiakbakaan dalam kurungan komersial di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di daerah ini, Pekan, Lipis dan Bentong.

  Menurutnya, keempat-empat individu memelihara pelbagai haiwan eksotik seperti landak raya, rusa dan pelanduk. 

  “Dalam keadaan negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kita turut dapat membantu komuniti yang terkesan,” katanya.

  Sementara itu Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman, mengalukan mana-mana pihak yang sudi membantu menyediakan buah-buahan untuk makanan gajah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *