Kalau imbas MySejahtera tidaklah kena kompaun

Kalau imbas MySejahtera tidaklah kena kompaun

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Lelaki warga emas dikompaun RM1,500 selepas gagal menunjukkan bukti pendaftaran masuk premis sama ada menggunakan imbasan MySejahtera atau pendaftaran buku log.

  Kompaun itu dikeluarkan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Raub, yang melakukan pemeriksaan di premis perniagaan runcit di sekitar Bentong, pada kira-kira 12 tengah hari, semalam. 

  Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP cawangan Raub, Rozma Ab Rahman, berkata lelaki 81 tahun itu dikompaun mengikut Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

  Katanya, berdasarkan laporan, walaupun warga emas itu bekerja di premis terbabit, dia masih gagal menunjukkan bukti pendaftaran masuk premis. 

  Sementara itu, katanya, pemeriksaan barang keperluan asas seperti gula, minyak masak dan tepung di sekitar bandar Bentong mendapati ia mencukupi.

  “Bagaimanapun, pemantauan secara berkala akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *