Zuraily, Ria Rustysha puas dapat pujuk kaum sebangsa terima vaksin COVID-19

Zuraily, Ria Rustysha puas dapat pujuk kaum sebangsa terima vaksin COVID-19

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

LIPIS: “Kejayaan memujuk masyarakat Orang Asli di pedalaman supaya menerima suntikan vaksin COVID-19 adalah suatu kepuasan pada saya.

LIPIS…Pegawai Psikologi (Kaunseling), Zuraily Uda@Longgok.

  “Sebelum ini, ramai Orang Asli tidak berminat untuk mendapatkan vaksin. Mungkin kerana saya dan mereka sama (keturunan Orang Asli),” kata Zuraily Uda @ Longgok, 33.

  Dia yang juga Pegawai Psikologi (Kaunseling) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lipis, berkata tugas utama sepanjang Program Outreach Vaksinasi (POV) COVID-19, di daerah ini, ialah memujuk seberapa ramai masyarakat Orang Asli untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

LIPIS…Pegawai Psikologi (Kaunseling), Zuraily Uda@Longgok bersama  masyarakat Orang Asli pada Program Outreach Vaksinasi (POV) Covid-19 di Kampung Meter  di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau.

  “Selain mengadakan penerangan secara berkumpulan, saya juga akan bertemu individu yang begitu bimbang dan takut untuk menerima suntikan vaksin COVID-19. 

  “Saya bertemu dengan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai yang sama bahasa dengan saya. Saya berbual dengan mereka sambil memujuk dan merayu,” katanya yang menetap di Pos Pantos, di sini.

  Beliau berkata demikian ketika ditemui pada POV COVID-19 di Kampung Meter di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau, semalam.

LIPIS…Penolong Pegawai Farmasi, Ria Rustysha Nong.

  Bagi Ria Rustysha Nong, 27, pula usaha memberi kesedaran terhadap pentingnya vaksin COVID-19 di kalangan masyarakat Orang Asli dilakukan secara berterusan.

  “Selaku Penolong Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Betau menjadi tanggungjawab saya memujuk Orang Asli supaya menerima suntikan vaksin COVID-19.

LIPIS….Penolong Pegawai Farmasi, Ria Rustysha Nong memberi penerangan kepada masyarakat Orang Asli kebaikan menerima suntikan vaksin COVID-19.

  “Orang Asli lebih percaya apabila maklumat disampaikan oleh individu sekaum dengan mereka,” katanya yang menetap di RPS Betau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *