‘Nak makan durian? takde duit? mari jumpa saya’ kata Azizon

‘Nak makan durian? takde duit? mari jumpa saya’ kata Azizon

Oleh : Hafiz Awang

Pix/video : Hafiz Awang

KUANTAN: “Sape (sesiapa) yang teringin nak makan ke, takdak duit ke, mari jumpa saya. Saya akan bagi (makan). Sebiji dua tu takpe.” 

Demikian kata peniaga durian, Azizon Awang, yang berhajat untuk membantu penggemar durian yang tidak berkemampuan untuk menikmati raja buah.

Azizon, 45, kini membuka gerai durian di tepi laluan utama Jalan Tanjung Lumpur-Kempadang dan semua durian jualannya dibawakan dari kebun di sekitar Segamat, Johor. 

Beliau yang sudah berniaga raja buah itu kira-kira 10 tahun lalu, mengakui wabak COVID-19 sangat memberi kesan kepada ramai orang, termasuk peniaga kecil-kecilan sepertinya.

“Sekurang-kurangnya saya masih ada sedikit modal untuk meneruskan perniagaan ini. Saya tahu ramai yang kehilangan sumber pendapatan, kehilangan kerja dan berdepan tekanan dari segi kewangan sejak COVID-19 melanda,” katanya. 

Sementara itu, pelanggan, Azri Zainal berkata, usaha dilakukan Azizon dengan menawarkan durian percuma kepada mereka yang tidak mampu, patut dicontohi peniaga lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *