Sinar baharu buat komuniti lorong Wong Ah Jang

Sinar baharu buat komuniti lorong Wong Ah Jang

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kini dalam fasa pertama program pembangunan insan komuniti lorong Wong Ah Jang, di sini.

KUANTAN..Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman meninjau bilik mengambil air sembahyang di surau Al Hidayah yang baharu disediakan untuk komuniti lorong Wong Ah Jang.

  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata pelbagai aktiviti keagamaan sedang dan akan diadakan di kawasan berkenaan. 

  Menurutnya, fasa pertama membabitkan penyediaan surau Al-Hidayah yang boleh memuatkan 20 hingga 30 jemaah pada satu-satu masa dan guru agama yang akan turut mengajar al-Quran.

KUANTAN..surau Al Hidayah yang disediakan untuk komuniti lorong Wong Ah Jang.

  “Surau berkenaan turut dilengkapi pendingin hawa untuk keselesaan jemaah. 

  “Matlamat utama MUIP menjayakan program pembangunan insan komuniti lorong Wong Ah Jang ialah untuk memberi sinar baharu kepada golongan berkenaan,” katanya.

  Beliau berkata demikian selepas meninjau pembinaan tandas dan tempat berwuduk surau Al-Hidayah, di sini, semalam.

KUANTAN..surau Al Hidayah yang disediakan untuk komuniti lorong Wong Ah Jang supaya mereka tidak terus terbabit dengan aktiviti tidak bermoral.

  Dr Asmadi berkata, MUIP akan menyediakan elaun kehadiran buat ketua isi rumah yang hadir ke kelas al-Quran dan kepada mereka layak. 

  Katanya, bagi golongan kanak-kanak pula, kemudahan pendidikan dan asrama disediakan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam bidang akademik. 

  “MUIP juga akan membantu ketua keluarga yang ingin membina kehidupan baharu contohnya ingin terbabit dalam bidang perniagaan. 

  “MUIP menyediakan bantuan modal mengikut jenis perniagaan yang ingin diceburi.

  “Matlamat utama MUIP ialah untuk memastikan komuniti lorong Wong Ah Jang membina kehidupan baharu yang lebih bermakna,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *