Lambakan sayur di Cameron Highlands dakwaan palsu

Lambakan sayur di Cameron Highlands dakwaan palsu

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

CAMERON HIGHLANDS: Tiada  berlaku lambakan sayur-sayuran dan pembungan hasil tani yang didakwa berlaku di Cameron Highlands sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan. 

CAMERON HIGHLANDS…
Setiausaha Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands, Chay Ee Mong.

Setiausaha Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands, Chay Ee Mong, berkata berita yang tersebar itu tidak berasas, cuba menarik perhatian kerajaan dan hendak meresahkan pengguna. 

Menurutnya, pekebun sudah bersedia lebih awal bagi memastikan hasil tani boleh dipasarkan walaupun harganya lebih rendah berbanding sebelum ini.

CAMERON HIGHLANDS…pekebun sayur,Louis Lau Weng Soow

“Perbuatan membuang sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak kerana PKP 3.0 adalah tidak benar sama sekali.

“Tomato yang dibuang adalah buah rosak secara semulajadi. Ia biasa berlaku. 

“Setiap hari antara 100 hingga 150 kilogram tomato rosak dibuang oleh pekebun,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan tanaman sayur, di sini, semalam.

CAMERON HIGHLANDS….kebun sayur di Cameron Highlands.

FAMA diwakili Pengarah Pemasaran Industri Makanan Ibu Pejabat FAMA, Ramli Mohd Sani dan Timbalan Pengarah Operasi FAMA Pahang, Shabuddin Mohd Nor.

Pekebun, Louis Lau Weng Soow, berkata pada peringkat awal PKP 3.0 memang hasil tani tidak dapat dipasarkan namun kemudian kembali beransur seperti sediakala. 

CAMERON HIGHLANDS….aktiviti penghantaran sayur di Cameron Highlands terus berjalan.

Katanya, keputusan kerajaan membenarkan aktiviti penghantaran sayur-sayuran keluar dari Cameron Highlands suatu tindakan yang tepat bagi mengelak berlaku lambakan.

“Pasaran sayur-sayuran tidak begitu terjejas walaupun harganya tidak menentu. Oleh itu, isu ini tidak perlu diperbesarkan,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *