Tiga kampung di Kuala Lipis dilanda banjir kilat

Tiga kampung di Kuala Lipis dilanda banjir kilat

Fath Ahnaf

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar ihsan APM

KUALA LIPIS : Tiga kampung di Merapoh, di sini, dilanda banjir kilat selepas kejadian hujan lebat melanda kawasan berkenaan, tengah malam tadi.

  Tiga kampung terbabit adalah Kampung Berhamah, Kampung Teluk Gunung dan Kampung Persit.

  Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Lipis, Agensi Pertahan Awam Malaysia (APM) Mohd Nor Azhar Bin Yusof berkata, kejadian berpunca daripada paras air sungai yang naik mendadak selepas hujan lebat bermula jam 12 tengah malam. 

  “Namun paras air mulai surut sepenuhnya pada jam 7 pagi tadi dan tiada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan,” katanya.

  Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. 

  Menurutnya, jumlah kediaman yang terjejas dalam kejadian itu adalah 10 rumah di Kampung Persit, di Kampung Berhamah (empat) dan di Kampung Teluk Gunung (satu). 

  “Pihak APM juga membuat pemantauan di rumah mangsa yang terjejas dan menyerahkan bantuan kit makanan,” katanya menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *