Pemain, jurulatih, pegawai SPFC lengkapkan dos kedua vaksin

Pemain, jurulatih, pegawai SPFC lengkapkan dos kedua vaksin

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar

KUANTAN: Semua warga Sri Pahang FC (SPFC) selesai melengkapkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, semalam.

KUANTAN. Barisan pemain Sri Pahang FC menunggu untuk menerima suntikan dos kedua vaksin di Pekan. Slug dos 26 JUN 2021

  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Mohammed Suffian Awang berkata, sehubungan itu beliau berharap persiapan pasukan berjalan lancar untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bulan depan.

  “Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi pasukan berjalan lancar dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Penyerang Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo menerima suntikan dos kedua vaksin di Pekan. Slug dos 26 JUN 2021

  “Suntikan dos kedua ini membabitkan semua barisan pegawai, jurulatih dan pemain kelab,” katanya, hari ini.

   Menurutnya, pada masa sama, beliau mahu semua pemain mempamerkan prestasi terbaik mereka sebaik Liga Super bersambung nanti.

  “Saya harap langkah ini juga membantu kelancaran persiapan pasukan untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bulan depan,” katanya.

  SPFC sebelum ini dilaporkan menerima suntikan dos pertama di Pekan pada 4 Jun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *