Makmur Relief edar bakul makanan kepada keluarga terkesan

Makmur Relief edar bakul makanan kepada keluarga terkesan

Kamal Ismail

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar 

KUANTAN: Badan bukan kerajaan (NGO) Makmur Relief mengambil inisiatif membantu lima keluarga yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

  Pengerusinya, Ali Akbar Othman berkata, idea memberi bantuan itu tercetus selepas beliau mendengar sendiri keluhan rakyat yang kurang mampu membeli barang keperluan harian akibat kehilangan pekerjaan, gaji dipotong dan bermacam-macam sebab lagi.

KUANTAN 27 JUN 2021.  Ali Akbar Othman (tengah) menyampaikan bantuan bakul makanan Makmur Relief

  “Sebenarnya, COVID-19 memberi kesan kepada semua rakyat bukan mereka yang dijangkiti sahaja atau mereka yang diarah kuarantin sahaja.

  “Jadi, bantuan ini perlu diberikan kepada semua mereka yang kita lihat terkesan,” katanya kepada Fikrah Pahang, hari ini.

  Sementara itu, penerima, Rafidah Ahmad, 45,  berkata edaran bakul makanan yang diterima amat dihargainya, lebih-lebih lagi ketika terpaksa berdepan detik sukar akibat PKP 3.0 sekarang.

  “Ramai yang hilang mata pencarian, perniagaan pun banyak tutup, bila ada bakul makanan serta bantuan seperti ini cukup bermakna kepada yang  susah.

  “Saya sendiri terpaksa mentup TASKA (taman asuhan kanak-kanak) yang diusahakan sejak PKP mula dilaksanakan kerana bimbang penularan COVID-19,” kata ibu tunggal empat anak itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *