Pahang catat 118 kes baharu COVID-19

Pahang catat 118 kes baharu COVID-19

Fath Ahnaf

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUANTAN: Sebanyak 118 kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan di Pahang hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif pandemik berkenaan di negeri ini meningkat kepada 13,095 kes.

  Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Bahari Che Awang Ngah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 90 kes membabitkan rakyat tempatan manakala 28 kes adalah warga asing. 

  “Sebanyak 116 kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan, dua kes import dari Selangor, kes diperoleh daripada saringan kluster (74 kes), 27 saringan kontak rapat, enam saringan bergejala dan 11 saringan bersasar.

  “Semua sembilan daerah mencatatkan pertambahan kes yang mana didahului dengan Kuantan mencatatkan kes daerah paling tinggi (52 kes), diikuti Temerloh (29 kes).

  “Seterusnya, Cameron Highlands (13 kes), Bera (12 kes), Bentong (empat kes), Jerantut (tiga kes), Maran (tiga kes) dan masing-masing satu kes dari Pekan dan Raub,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

  Dr Bahari berkata, terdapat dua kes kematian baharu hari ini iaitu di Temerloh menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 di negeri ini meningkat kepada 124 kes.

  “Kes kematian adalah kes ke-123 membabitkan seorang lelaki berusia 69 tahun dari Taman Bahagia Makmur, Temerloh dan difahamkan mangsa mempunyai kaitan dengan Kluster Rantau Kenanga. 

  “Satu lagi kes kematian iaitu kes ke-124, seorang lelaki berusia 67 tahun dari Taman Temerloh Jaya Indah, Temerloh,” katanya.

  Sementara itu, katanya, lima kluster masih aktif sekali gus mencatatkan pertambahan kes iaitu Kluster Sentral Triang, Bera (tujuh kes), Kluster Delima Raya, Bentong (tiga kes), Kluster Rantau Kenanga, Maran (21), Kluster Pasar Kemunting, Kuantan (29 kes) dan Kluster Indera Mahkota 16, Kuantan (14 kes),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *