Perdana Menteri bakal umum bantuan menyeluruh untuk semua dalam 48 jam

Perdana Menteri bakal umum bantuan menyeluruh untuk semua dalam 48 jam

Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membayangkan kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak akan ditamatkan esok, 28 Jun 2021.

Portal New Straits Times dan The Malaysian Insight, dipetik sebagai berkata bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjelaskan tindakan itu dilakukan berikutan nilai ambang jangkitan harian COVID-19 masih melebihi 4,000 kes.

Selain itu, kedua-dua portal berita itu juga menyiarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri dijangka mengumumkan bantuan menyeluruh untuk semua kumpulan masyarakat sama ada Isnin atau Selasa.

Bernama pula dipetik menjelaskan, bahawa kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan penularan wabak COVID-19 menerima bantuan dan sokongan sewajarnya.

“Kita faham bila di fasa begini (fasa pertama PKP 3.0) dan seterusnya sampai ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan?

“Kumpulan B40 dan M40 dan tentu (dibantu), termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada (yang layak),” kata Perdana Menteri di Pusat Kovensyen Sunway Pyramid, di Kuala Lumpur, hari ini.

“Perinciannya akan saya maklumkan esok atau lusa supaya semua tahu di mana kita berada, tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat,” katanya sambil membayangkan kemungkinan akan terdapat peningkatan dalam bantuan yang akan diberikan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *