197,704 individu lengkapkan satu dos di Pahang

197,704 individu lengkapkan satu dos di Pahang

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUANTAN: Seramai 197,704 individu di Pahang sudah melengkapkan satu dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

  Statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 122,992 individu sudah selesai menerima dua dos suntikan vaksin.

  Setakat ini, lebih 760,000 rakyat Pahang sudah mendaftar dengan MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin.

  Di Pahang, sebanyak 69 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka iaitu di hospital, klinik kesihatan dan dewan orang ramai.

  Kerajaan Pahang meletakkan sasaran 1,231,800 rakyat mendaftar untuk mendapatkan vaksin agar mencapai imuniti kelompok menerusi PICK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *