BPR sebanyak RM500 mulai dibayar esok

BPR sebanyak RM500 mulai dibayar esok

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM500 akan mula dibayar secara berperingkat bermula esok.

  Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di sini, hari ini.

  Beliau berkata, BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada September depan.

  “Bayaran pada September juga akan membabitkan bayaran kes lulus rayuan BPR.

  “Secara keseluruhannya nilai BPR sehingga hujung tahun adalah sebanyak RM4.9 bilion,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *