KWSP perkenal i-Citra untuk bantu ahi terjejas akibat PKP

KWSP perkenal i-Citra untuk bantu ahi terjejas akibat PKP

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar tetap RM1,000 sebulan bagi tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan masing-masing.

  “Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

  Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal i-Citra iaitu icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai ini, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos depan,” katanya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *