Moratorium enam bulan lulus automatik untuk rakyat pelbagai golongan

Moratorium enam bulan lulus automatik untuk rakyat pelbagai golongan

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, tidak kira golongan B40, M40 atau T20 mahupun usahawan mikro. 

  Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di sini, hari ini.

  Beliau berkata, untuk kemudahan ramai, tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada pemohon hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan untuk

permohonan. 

  “Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS (perusahaan kecil dan sederhana) yang terjejas, tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

  “Permohonan akan dibuka pada 7 Julai ini dan peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *