Jangan cuba-cuba buat kebun durian dalam Hutan Simpan Kelau

Jangan cuba-cuba buat kebun durian dalam Hutan Simpan Kelau

Oleh Mohd Imran Izzad  

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

RAUB: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub memusnahkan projek 12 hektar durian dan pisang yang diusahakan tiga individu secara haram, di Kompartmen 48, Hutan Simpan Kelau, di sini.

Pegawai PHD Raub, Shahril Mohamad, berkata selain durian dan pisang, pihaknya turut menebang pelbagai pokok buah-buahan seperti nangka, cempedak, mempelam dan petai.

RAUB ..anggota polis mengawasi aktiviti memusnahkan pokok pisang dan durian Musang King pada Ops Musnah di Hutan Simpan Kelau.

Katanya, Ops Musnah bermula 9 pagi semalam itu diawasi anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan disertai 30 kakitangan dan dibantu Unit Tindakan Khas (UTK) Raub. 

RAUB..Kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub bertindak menebang pokok durian Musang King pada Ops Musnah seluas 12 hektar di Hutan Simpan Kelau.

Selain itu, katanya, Unit Penguatkuasa (UPK) Zon Pahang Barat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) turut menyertai operasi itu.

Menurutnya, terdapat lebih 4,000 pokok pisang pelbagai jenis dan kira-kira 350 durian Musang King berusia antara enam bulan hingga tiga tahun di ladang itu. 

RAUB ..Kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub bertindak menebang pisang seluas 12 hektar di Hutan Simpan Kelau.

“Ketika operasi dijalankan, pihak kami tidak menemui individu dalam kawasan ladang itu, dipercayai terlebih dahulu bertindak meninggalkan tempat itu sebelum serbuan dilakukan.

RAUB .Kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub dan Unit Penguatkuasa (UPK) Zon Pahang Barat JPNP bertindak menebang pisang pada Ops Musnah seluas 12 hektar di Hutan Simpan Kelau.

“Operasi pemusnahan ladang haram yang bermula semalam dijangka mememerlukan antara empat hingga lima hari,” katanya yang turut menyertai operasi berkenaan, semalam.

Shahril berkata, kedudukan ladang bersebelahan dengan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) yang sedang dalam pembinaan membuatkan ia tersorok daripada pandangan. 

“Kita tidak akan berkompromi dengan individu yang bertindak menceroboh hutan simpan. Tindakan tegas menanti mereka mengikut Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *