‘Black Democracy’ tidak dapat sambutan

‘Black Democracy’ tidak dapat sambutan

Oleh Fath Ahnaf

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Tiada perhimpunan haram ‘Black Democracy’ diadakan, jelas Ketua Polis Daerah Kuantan, Asistan Komisioner Mohammad Noor Yusof Ali, dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sudahpun mengambil langkah pencegahan awal bagi membendung perhimpunan haram itu melalui Ops Aman Black Demo.

Gambar Ehsan Polis

“Operasi bermula jam 10 pagi hingga 1 petang itu membabitkan empat lokasi tumpuan iaitu Bandar Indera Mahkota, Masjid Negeri, perkarangan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Indera Mahkota, dan sekitar Istana Abdul Aziz. 

“Dua belas pegawai dan 84 anggota daripada pelbagai unit dan jabatan termasuk Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang terbabit dalam operasi berkenaan,” katanya.

Katanya, sepanjang operasi berkenaan, pihaknya tidak mengesan sebarang pergerakan individu atau kumpulan yang hadir bagi tujuan solidariti kepada seruan kumpulan ‘Black Democracy’.

Isnin lalu, tular di media sosial video berdurasi dua minit 40 saat memaparkan individu memakai topeng mengajak orang ramai berhimpun pada 12 tengah hari, hari ini, di beberapa lokasi seluruh negara bagi membantah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi ‘operasi’ dikenali sebagai Black Democracy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *