FAMA Pahang sumbang 6.24 tan buah untuk binatang dalam kurungan

FAMA Pahang sumbang 6.24 tan buah untuk binatang dalam kurungan

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

TEMERLOH: Lebih enam tan pelbagai jenis buah-buahan disediakan buat binatang dalam kurungan bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

TEMERLOH..kakitangan FAMA Pahang memilih buah-buahan untuk diberikan kepada binatang yang terdapat di Deeland Park Lanchang.

Program itu dilaksanakan bagi sektor pelancongan yang begitu terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Timbalan Pengarah Operasi Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) Pahang, Shabuddin Mohd Nor, berkata pisang, nanas, keledek, nangka dan labu manis antara buah yang disediakan.

TEMERLOH..
Timbalan Pengarah Operasi FAMA Pahang, Shabuddin Mohd Nor (kanan) menyerahkan 
 sumbangan 1.74 tan buah-buahan kepada pemilk Deeland Park Lanchang, Abdullah Ahmad Mahmud (kiri).

Menurutnya, sumbangan pertama membabitkan lebih dua tan buah-buahan diberi kepada empat individu terbabit dengan pembiakbakaan dalam kurungan komersial di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Katanya, minggu lalu, pihaknya turut menyumbang 2.5 tan buah-buahan kepada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang. 

TEMERLOH..
Pengurus Pusat Khidmat Pemasaran FAMA Kuantan, Faris Abdullah memberi makan pada rusa 
selepas menyampaikan sumbangan 1.74 tan buah-buahan kepada Deeland Park Lanchang.

“Kemudiannya, 1.74 tan pisang, labu manis, nanas dan nangka buat Deeland Park Lanchang, yang terbabit dengan pembiakbakaan dalam kurungan secara komersial rusa sambar dan landak raya.

“Sumbangan diharap dapat meringankan beban pengurusan pusat terbabit yang menempatkan lebih 70 rusa Sumatera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan pisang, labu manis, nanas dan nangka sebanyak 1.74 tan kepada pemilk Deeland Park Lanchang, Abdullah Ahmad Mahmud, di sini, semalam.

“Sekiranya ada permintaan FAMA akan terus memberi bantuan buah-buahan kepada binatang program pembiakbakaan dalam kurungan komersial,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *