SOP baharu solat Jumaat dan fardu di masjid serta surau di Pahang

SOP baharu solat Jumaat dan fardu di masjid serta surau di Pahang

RTP online

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUANTAN: Sebanyak 100 jemaah dibenarkan untuk mengerjakan solat Jumaat pada satu-satu masa di Masjid Negeri dan daerah di Pahang.

  Perkara itu terkandung dalam prosedur operasi standard (SOP) terbaru bagi aktiviti ibadat dan solat Jumaat di masjid dan surau dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD) bagi negeri ini.

  Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Dr Zulkifle Ali Al-Hafiz berkata, meskipun hanya 100 jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat, pihak pengurusan masjid dan surau dibenarkan menambah bilangan jemaah solat dengan mengemukakan permohonan dan mempunyai keupayaan kawalan melebihi jumlah 100 jemaah.  

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Dr Zulkifle Ali Al-Hafiz

  “Kaedah kehadiran jemaah adalah mengikut yang ditentukan pihak pentadbiran masjid manakala jemaah hendaklah terdiri daripada kalangan ahli kariah rakyat tempatan yang bermastautin sahaja. 

  “Anggota keselamatan beruniform dan pemantau daripada pihak berkuasa agama antaranya JAIP, MUIP (Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang) dan JMNP (Jabatan Mufti Negeri Pahang) tidak termasuk dalam jumlah pertambahan jemaah dipohon,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

  Beliau berkata, bagi aktiviti solat Jumaat di masjid kariah, seramai 50 jemaah dibenarkan, namun pengurusan masjid dibenarkan menambah bilangan jemaah solat dengan mengemukakan permohonan dan mempunyai keupayaan kawalan.

  “Untuk solat Jumaat di surau kebenaran Jumaat pula, jumlah asas jemaah dibenarkan adalah seramai 12 orang, namun pengurusan surau dibenarkan menambah bilangan jemaah solat dengan mengemukakan permohonan dan mempunyai keupayaan kawalan.

  “Jemaah untuk masjid kariah dan surau kebenaran Jumaat juga haruslah terdiri daripada warga Malaysia yang bermastautin sahaja,” katanya.

  Menurutnya, bagi solat fardu di Masjid Negeri, daerah, kariah, surau kebenaran Jumaat dan surau dibenarkan, hanya 12 jemaah dibenarkan pada satu-satu masa.

  “Panambahan jemaah boleh dilakukan dengan syarat pihak pengurusan mengemukakan permohonan dan mempunyai keupayaan kawalan.

Ends/tony

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *