195 kes baharu COVID-19 didaftarkan di Pahang hari ini

195 kes baharu COVID-19 didaftarkan di Pahang hari ini

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak 195 kes jangkitan COVID-19 baharu dilaporkan di Pahang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif di negeri ini mencecah 13,861 kes.

  Pengarah Kesihatan Pahang, Dato’ Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata, berdasarkan jumlah kes baharu didaftarkan hari ini, sebanyak 178 kes membabitkan rakyat tempatan manakala 17 kes lagi warga asing.

  “Sebanyak 192 kes dikategorikan jangkitan tempatan, satu kes import (Selangor) dan dua kes OKT (orang kena tahan).

  “Sebanyak108 kes diperoleh daripada saringan kluster, 67 saringan kontak rapat, 16 saringan bergejala, satu saringan pekerjaan, dua  saringan OKT dan satu  saringan pra-perkahwinan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. 

  Menurutnya, semua sembilan daerah di negeri ini mencatatkan pertambahan kes dengan yang tertinggi direkodkan daerah ini iaitu 122 kes, diikuti Jerantut (25 kes), Bera (18 kes), Bentong (11 kes), Lipis (lapan kes), Maran (lima kes), Rompin (tiga kes), Temerloh (dua kes) dan Raub (satu kes).

  “Dukacita dimaklumkan terdapat dua kes kematian baharu dilaporkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 133 kes.

  “Kes ke-132 membabitkan lelaki Melayu berudia 60 tahun dari Taman LKNP, Jalan Bukit Setongkol, Kuantan dan kes ke-133 pula, lelaki warga emas Melayu berusia 77 tahun dari Felda Jengka 1, Maran. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Rantau Kenanga,” katanya.

  Dalam pada itu, Dr Bahari berkata, terdapat enam kluster mencatatkan pertambahan kes iaitu Kluster Pasar Kemunting (pertambahan 65 kes dengan jumlah keseluruhan 387 kes), Kluster Indera Mahkota 16 (pertambahan 8 kes dengan jumlah keseluruhan 199 kes), Kluster Lorong Empat Jerantut (pertambahan 10 kes dengan jumlah keseluruhan 77 kes), Kluster Rantau Kenanga (pertambahan 15 kes dengan jumlah keseluruhan 420 kes), Kluster Kampung Lada (pertambahan empat kes dengan jumlah keseluruhan 37 kes) dan Kluster Meranti Indah (pertambahan tiga kes dengan jumlah keseluruhan 19 kes).

  “Selain itu, sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 1,445 kes positif COVID-19 sedang dirawat di lapan hospital di negeri Pahang dan enpat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC)

  “Sebanyak 202 kes berada dalam pengawasan di rumah oleh pasukan CAC. Berdasarkan jumlah ini, terdapat 28 kes COVID-19 positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 19 kes di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) dan sembilan kes di ICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) dengan 16 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *