Lebih 200,000 individu di Pahang lengkapkan dos pertama vaksin COVID-19

Lebih 200,000 individu di Pahang lengkapkan dos pertama vaksin COVID-19

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUANTAN: Seramai 213,341 individu di Pahang sudah melengkapkan satu dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

  Statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 134,201 individu sudah selesai menerima dua dos suntikan vaksin.

  Sementara itu, seramai 781,040 atau 66.4 peratus rakyat Pahang sudah mendaftar dengan MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin setakat ini.

  Dalam kenyataan Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebelum ini, Kerajaan Pahang meletakkan sasaran 1,231,800 rakyat mendaftar untuk mendapatkan vaksin agar mencapai imuniti kelompok menerusi PICK.

  Di Pahang, sebanyak 69 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka iaitu di hospital, klinik kesihatan dan dewan orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *