Pasar Besar Kuantan jadi tumpuan kerana PKPD

Pasar Besar Kuantan jadi tumpuan kerana PKPD

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Pasar Besar Kuantan, di sini, hari ini, menjadi tumpuan ramai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Kuala Kuantan 1 yang berkuatkuasa esok hingga 16 Julai ini. 

Tinjauan mendapati orang ramai mendapatkan bekalan makanan seperti sayur, ikan, ayam dan rempah ratus.

Pesara, Muhammad Zakaria Alias, 61 berkata: “Esok, PKPD Mukim Kuala Kuantan 1 mula berkuatkuasa dan dalam tempoh dua minggu ini hanya berada di rumah,” katanya yang menetap di Bukit Setongkol. 

Bagi suri rumah, Zuraida Hassan, 43 dari Cenderawasih, barang keperluan di pasarann berkenaan segar dan harga pula berpatutan.

Dalam kenyataan semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , berkata PKPD Mukim Kuala Kuantan 1 dilaksanakan selepas 369 kes positif COVID-19 dikesan daripada 5,219 saringan yang dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *