Pahang antara lima negeri laksana Fasa 2 PPN Isnin ini

Pahang antara lima negeri laksana Fasa 2 PPN Isnin ini

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pahang antara lima negeri mencapai semua nilai ambang Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa Isnin ini.

  Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri ini mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang iaitu kes harian terbaru di bawah 4,000, pengunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) pada tahap sederhana dan kadar vaksinasi sekurang-kurangnya 10 peratus daripada populasi.

  “Oleh itu, kita dapati lima negeri sudah memenuhi semua prasyarat untuk beralih ke fasa kedua PPN yang membolehkan perluasan senarai positif sektor ekonomi,” katanya.

  Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini, hari ini.

  Selain Pahang, empat lagi negeri iaitu Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak turut diumumkan memenuhi semua nilai ambang untuk beralih ke Fasa 2 PPN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *