Katil mudah alih mudahkan kehidupan pesakit strok

Katil mudah alih mudahkan kehidupan pesakit strok

Oleh Hafiz Awang

Pix Hafiz Awang

KUANTAN: Impian pesakit angin ahmar di Felda Bukit Sagu 1, untuk memiliki katil mudah alih tercapai apabila menerima sumbangan kemudahan itu. 

Katil berkenaan disampaikan Ahli Parlimen Paya Besar, YB Mohd Shahar Abdullah, di rumah Khairolnizam Sulaiman, 36, hari ini. 

Bagi Khairolnizam kehadiran Timbalan Menteri Kewangan II menyampaikan sendiri katil mudah alih itu sangat menyentuh hatinya. 

KUANTAN 05 JULY 2021. Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah (kanan) memasang katil mudah alih untuk kegunaan pesakit strok ketika ditemui di Felda Bukit Sagu.

Beliau yang tidak boleh lagi bertutur dengan sempurna selepas diserang angin ahmar pada Ogos 2019, hanya mampu tersenyum dan berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Mohd Shahar.

Ibunya, Rashidah Md Rejab, 60, ketika ditemui berkata, katil mudah alih itu dapat menyenangkan anaknya yang sebelum ini banyak memerlukan bantuan ahli keluarga lain.

Sementara itu, Mohd Shahar berkata, pihaknya sudah mengagihkan bantuan bakul makanan kepada penduduk di kawasan Paya Besar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

KUANTAN 05 JULY 2021. Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah (kiri) beramah mesra sebelum menyerahkan bantuan katil mudah alih kepada pesakit angin ahmar, Khairolnizam Sulaiman, 36 ketika ditemui di Felda Bukit Sagu.

“Bantuan ini diagihkan secara berterusan dan ia adalah komitmen kami untuk memastikan tidak ada keluarga tercicir daripada menerima bantuan.

“Saya meminta penduduk di kawasan ini (Paya Besar) menghubungi pusat khidmat kami untuk memudahkan proses penyaluran bantuan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *