Kompaun ingkar SOP cecah RM2.7 juta seluruh negara

Kompaun ingkar SOP cecah RM2.7 juta seluruh negara

Oleh Fath Ahnaf

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

ROMPIN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kompaun RM2.7 juta ke atas 496 syarikat dan individu seluruh negara, sejak 1 Jun lalu.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, tindakan kompaun itu adalah hasil pemeriksaan terhadap 57,761 premis perniagaan seluruh negara dalam tempoh sebulan.

ROMPIN..Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam (kanan) membuat tinjauan di sebuah pasaraya di Rompin ketika Ops Patuh, semalam.

“Angka ini termasuk 26 kes kompauan hasil 4,012 pemeriksaan di seluruh negaga yang dijalankan di bawah OPS PATUH, yang bermula 2 Julai lalu. 

“Berdasarkan statistik, 194 aduan diterima daripada orang awam sejak 1 Jun hingga 3 Julai lalu dan kesemuanya disiasat sepanjang tempoh PKP 3.0,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan Ops Patuh di beberapa premis perniagaan di sekitar bandar Rompin, di sini, hari ini.

Azman berkata, pihaknya menggerakkan 2,262 pegawai penguat kuasa di seluruh negara untuk memastikan pematuhan sepenuhnya SOP di semua premis perniagaan peruncitan, pemborongan, pengedaran dan restoran. 

“Berdasarkan statistik, pematuhan dalam sektor perdagangan pengedaran boleh dikatakan berada pada tahap memuaskan iaitu 98 peratus premis patuh SOP. 

“Hanya 0.1 peratus premis yang dikenakan kompaun manakala selebihnya diberikan nasihat dan amaran,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *