Parlimen bersidang lima hari mulai 26 Julai ini

Parlimen bersidang lima hari mulai 26 Julai ini

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan diadakan lima hari, bermula 26 Julai ini. 

Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk memaklumkan perkara itu kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media, hari ini, memaklumkan, Dewan Negara akan bersidang tiga hari, bermula 3 Ogos depan. 

Menurut kenyataan itu, mesyuarat bertujuan untuk memberi penerangan kepada setiap Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selain itu, meminda semua perundangan serta peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata kenyataan itu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *