MBNP sokong tindakan ke atas pekebun haram di HSK Batu Talam

MBNP sokong tindakan ke atas pekebun haram di HSK Batu Talam

Oleh Fath Ahnaf
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menyokong tindakan tegas Kerajaan Pahang mengenakan tindakan penguatkuasaan undang-undang ke atas pencerobohan tanah haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

Presidennya, Mohd Izzat Afifi Abd Hamid, berkata ketegasan itu selari dengan tindakan kerajaan negeri ke atas semua pencerobohan tanah haram sebelum ini, termasuk di Sungai Ichat, Cameron Highlands yang kini kembali pulih.

Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP),Mohd Izzat Afifi Haji Abdul Hamid

“Selain itu, tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ini juga adalah manifestasi kepada Titah KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al Mustafa Billah Shah, yang mahu agar aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan bersepadu dan berkala di seluruh Pahang.

“MBNP juga menyokong tindakan pihak berkuasa menahan pekebun haram yang melakukan provokasi terhadap penjawat awam semasa operasi seperti yang tular di media sosial.

“Kebiadapan pekebun haram tidak boleh dibiarkan dan seharusnya dikenakan tindakan mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *