Pahang catat peningkatan kes baharu COVID-19

Pahang catat peningkatan kes baharu COVID-19

Fath Ahnaf 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUANTAN: Kes baharu jangkitan COVID-19 di Pahang hari ini meningkat sebanyak 258 kes berbanding 180 kes semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 15,235 kes.

Pengarah Kesihatan Pahang, Dato’ Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 210 kes membabitkan rakyat tempatan dan 48 kes lagi warga asing.

“Kuantan terus mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 157 kes, diikuti Bentong (29 kes), Jerantut (27 kes), Temerloh (26 kes), Cameron Highlands dan Maran masing-masing lima kes manakala  Pekan, Bera dan Raub masing-masing tiga kes,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat satu kes kematian baharu dilaporkan di Pahang hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di negeri ini meningkat kepada 153 kes.

“Kes kematian hari ini membabitkan kes ke-153 iaitu lelaki berusia 61 tahun dari Kuala Rompin dan mangsa mempunyai kaitan dengan Kluster Kampung Kerpal di Rompin,” katanya.

Sementara itu, Dr Bahari berkata, sebanyak tujuh daerah berada dalam zon merah iaitu daerah Bentong, Bera, Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan, Maran dan Temerloh manakala Pekan serta Lipis berada di zon oren. 

“Hanya Raub dan Rompin berada dalam zon kuning manakala tiada daerah berada dalam zon hijau,” katanya.

Katanya lagi, sehingga jam 12 tengah hari tadi, sejumlah 2087 kes positif COVID-19 sedang dirawat di lapan hospital dan empat  Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di seluruh negeri ini.

“Sebanyak 221 kes berada dalam pengawasan di rumah oleh pasukan Pusat Penilaian COVIOD-19 (CAC). 

“Terdapat 28 kes COVID-19 positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 17 kes di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dan 11 kes di ICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh dengan 19 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *