Situasi di kawasan HSK Batu Talam terkawal

Situasi di kawasan HSK Batu Talam terkawal

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar

KUANTAN: Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub yang baru-baru ini dilaporkan kecoh susulan isu pencerobohan, kini dalam keadaan terkawal.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Pahang, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini.

RAUB..Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat sekatan jalan raya (SJR) dilaluan utama 
ke Hutan Simpan Batu Talam yang dijadikan kebun durian Musang King

Beliau berkata, tiada ancaman baharu yang dimaklumkan setakat ini kecuali yang disaksikan dalam video yang tular di media sosial.

“Buat masa ini keadaan terkawal dan Kerajaan Pahang juga mengambil inisiatif dalam mengawal kawasan itu termasuk kehadiran PGA (Pasukan Gerakan Am) banyak membantu.

“Bagaimanapun, sekiranya ada yang cuba mencetuskan kekecohan, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini isu  pencerobohan HSK Batu Talam yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 100 hektar.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana pihaknya mengambil cakna dalam soal keselamatan di kawasan berkenaan.

“Tiada apa yang perlu digusarkan kerana setakat ini semuanya terkawal,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *