Warga PDRM bantu kelangsungan hidup 110 keluarga di Pahang

Warga PDRM bantu kelangsungan hidup 110 keluarga di Pahang

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak 110 bakul makanan diagihkan kepada golongan memerlukan termasuk yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 di pahang, hari ini.

Penyampaian bakul makanan itu disampaikan oleh Polis Pahang melalui sebelas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), masing-masing satu IPD menyampaikan 10 bakul makanan.

KUANTAN: Ketua Polis Pahang, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf (tengah) menunjukkan bakul makanan yang akan diagihkan kepada penerima di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Kuantan.

Ketua Polis Pahang, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pemilihan penerima diuruskan oleh IPD dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Dengan bantuan ini diharap dapat meringankan beban kepada keluarga penerima dan bantuan ini berterusan dari semasa ke semasa,” katanya pada majlis serahan bantuan bakul makanan Op Bantu di IPD Kuantan, di sini, hari ini.

KUANTAN: Ketua Polis Pahang, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf (kiri) melihat bantuan bakul makanan yang akan diagihkan kepada penerima di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Kuantan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Pahang, Dato’ Yusri Hassan Basri; Pengarah RELA Pahang, Abdul Aziz Sidi Ahmad dan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.

Ramli berkata, penyampaian bantuan itu akan turut membabitkan 64 Balai Polis di seluruh Pahang. 

“Antara barang keperluan asas yang diberikan ialah beras dan telur dan turut dibantu Skuad Aman Wanita (AMANITA) Polis Diraja Malaysia(PDRM),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *