Empat NGO sokong ketegasan Menteri Besar, Kerajaan Pahang

Empat NGO sokong ketegasan Menteri Besar, Kerajaan Pahang

Oleh Kamal Ismail

kabhiismail@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan di Balai Polis Tanah Rata, Cameron Highlands, hari ini.

Tindakan itu bagi menyatakan sokongan terhadap YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Kerajaan Pahang atas ketegasan dalam menguatkuasakan isu pencerobohan tanah haram di negeri ini khususnya di Raub.

Keempat-empat NGO berkenaan adalah Pertubuhan Seni Silat Gayong Cawangan Cameron Highlands, Persatuan Usahawan Anak-Anak Cameron Highlands, Highlands Crew Malaysia dan Pertubuhan Pakatan Setia Bersatu Cameron Higlands.

Pengerusi Pakatan Belia Bersatu, Meor Rasyid Meor Rahman, berkata mereka turut menzahirkan sokongan terhadap tindakan penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JKNP) yang berganding bahu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memusnahkan tanaman durian haram di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub. 

Berikutan itu, katanya, mereka berharap isu pencerobohan tanah haram di Pahang dapat diselesaikan dengan segara.

“Kami berharap Kerajaan Pahang konsisten atas ketegasan ini dan tidak berganjak walaupun menerima tekanan dan provokasi melampau,” katanya ketika dihubungi Fikrah Pahang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *