Pekan masih pilihan Sri Pahang jalani latihan berpusat

Pekan masih pilihan Sri Pahang jalani latihan berpusat

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Pekan kekal menjadi destinasi pilihan Sri Pahang FC menjalani latihan berpusat atau ‘camp based training’ fasa kedua yang bermula kelmarin hingga 25 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Mohammed Suffian Awang berkata, sesi latihan lebih tersusun itu diyakini dapat membantu membentuk persefahaman antara pemain.

Selain itu, katanya, tahap kecergasan dapat dipertingkatkan sekali gus memperlihatkan bahawa semua pemain bersedia sebaik liga bersambung nanti.

“Pada fasa kedua ini juga kita menumpukan usaha meletakkan Sri Pahang pada kedudukan terbaik pada saingan liga musim ini.

“Selepas 13 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kesembilan liga dengan mengutip 12 mata dan ia belum selamat kerana tiga lagi pasukan sudah pasti mahu memperbaiki kedudukan,” katanya.

Sepajang dua minggu berlatih di Pekan, Mohammed Suffian berkata, semua pemain, jurulatih dan pegawai akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *