Polis halang cubaan edar rokok seludup bernilai lebih RM2 juta

Polis halang cubaan edar rokok seludup bernilai lebih RM2 juta

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar

KUANTAN: Polis berjaya menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup berjumlah lebih RM2 juta susulan penahanan sebuah lori di Kilometer 193.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1, dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang, di sini semalam.

KUANTAN. Ketua Polis Pahang, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf  melihat ranmpasan lain yang membabitkan kes penyeludupan rokok.

Ketua Polis Pahang, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf berkata, rampasan itu hasil tindakan Unit Task Force Op Kontraban Ibu Pejabat Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berjaya memintas lori terbabit pada jam 7.30 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemukan sejumlah rokok ditutupi dengan kotak kosong pelbagai jenama makanan dan barangan runcit, dipercayai untuk mengaburi pihak berkuasa.

KUANTAN. Ketua Polis Pahang, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf  menunjukkan sejumlah rokok putih yang dirampas di Kilometer 193.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1, dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang, Kuantan.Slug rokok


Katanya, menerusi pemeriksaan itu, pihaknya merampas 2,677,500 batang rokok putih dengan nilai rampasan keseluruhan termasuk cukai berjumlah lebih RM2 juta.

“Rampasan lain ialah sebuah lori dianggarkan berjumlah RM120,000, satu unit telefon bimbit, wang tunai dan satu unit Sistem Pengesanan Global (GPS).

“Siasatan awal mendapati rokok yang dirampas dipercayai diperoleh dari negara jiran dan dibawa masuk melalui jalan laut di perairan Pahang, sama ada dari Pekan atau  Rompin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

KUANTAN. Ketua Polis Pahang, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf  melihat sejumlah rokok putih yang dirampas di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1, dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang, Kuantan.

Menurutnya, rokok terbabit dipercayai akan diedarkan di Kuala Lumpur dan hasil pemeriksaan lanjut turut menemukan dua set nombor pendaftaran dipercayai palsu.

“Pemandu lori berusia 32 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan dan siasatan awal mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *