Segera buat ujian calitan, jangan tunggu polis datang depan rumah

Segera buat ujian calitan, jangan tunggu polis datang depan rumah

Fath Ahnaf

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUANTAN: Polis memberi peringatan kepada mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan aktiviti Pasar Kemunting dan Pasar Besar Kuantan untuk hadir membuat ujian calitan COVID-19  di Terminal Sentral Kuantan (TSK), di sini, atau  polis akan hadir ke rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asistan Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya kini mempunyai 261 senarai nama dan alamat individu yang masih gagal berbuat demikian.

KUANTAN 08 JULAI 2021. Ketua Polis Daerah Kuantan,  Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali (kanan)  mengadakan operasi mengesan 261 individu yang mempunyai kaitan dengan aktiviti Pasar Besar Kuantan dan Pasar Kemunting untuk hadir membuat ujian calitan COVID-19  di Terminal Sentral Kuantan (TSK). Fikrah Pahang oleh Kamal Ismail

“Kita sudah menggerakkan Ops Kesan membabitkan kira-kira 15 anggota termasuk pegawai untuk ke rumah individu yang dikenal pasti serta meminta mereka untuk hadir ke TSK mulai esok.

KUANTAN 08 JULAI 2021. Ketua Polis Daerah Kuantan,  Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali (tengah) mengadakan operasi mengesan 261individu yang mempunyai kaitan dengan aktiviti Pasar Besar Kuantan dan Pasar Kemunting untuk hadir membuat ujian calitan COVID-19  di Terminal Sentral Kuantan (TSK). Fikrah Pahang oleh Kamal Ismail

“Selesai ujian calitan COVID-19, mereka perlu berada di rumah untuk menjalani kuarantin seperti mana tempoh yang diberikan,” katanya kepada media selepas memantau Ops Kesan, di sini hari ini.

Mohamad Noor berkata, setiap individu sepatutnya memainkan peranan masing-masing dan tidak perlu menunggu polis mengambil tindakan datang ke rumah mereka namun tindakan terbabit terpaksa dilakukan kerena ujian terbabit tidak patut dilengahkan.

KUANTAN 08 JULAI 2021. Ketua Polis Daerah Kuantan,  Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali (tengah) mengadakan operasi mengesan 261individu yang mempunyai kaitan dengan aktiviti Pasar Besar Kuantan dan Pasar Kemunting untuk hadir membuat ujian calitan COVID-19  di Terminal Sentral Kuantan (TSK). Fikrah Pahang oleh Kamal Ismail

“Saya menyeru kepada mereka yang ada kaitan dengan aktiviti Pasar Kemunting dan Pasar Besar Kuantan, individu terbabit dan keluarga perlu hadir untuk membuat saringan untuk kebaikan bersama.

“Sebagai peringatan, mengikut peruntukan undang-undang, sekiranya notis sudah disampaikan secara jelas kepada individu berkaitan dan mereka tahu tetapi tidak pergi membuat saringan seperti arahan pegawai kesihatan, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 11 subseksyen 5 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu kompaun sehingga RM5,000,” tegasnya.

Menurutnya, Ops Kesan dilaksanakan bukan untuk membuat tangkapan tetapi menyampaikan peringatan supaya individu berkenaan terus hadir ke tempat saringan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *