Inisiatif memulihara alam sekitar bukti komitment tinggi Kerajaan Pahang, kata Dr Shamsul

Inisiatif memulihara alam sekitar bukti komitment tinggi Kerajaan Pahang, kata Dr Shamsul

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menyokong Inisiatif Sempadan Hijau Kerajaan Negeri Pahang yang akan membabitkan pewartaan sebahagian besar sempadan negeri sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata inisiatif itu selari dengan Dasar Perhutanan Malaysia yang mengiktiraf hutan sebagai khazanah warisan negara.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

“Oleh itu, Inisiatif Sempadan Hijau dan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini adalah bukti komitmen tinggi Kerajaan Pahang dalam memelihara dan memulihara alam sekitar di negeri berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Menurutnyua, kKawasan terbabit nanti akan disenaraikan sebagai Kawasan Larangan Memburu melalui Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Kawasan Larangan Memburu) mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 7161.

“Kebanyakan HSK sedia ada di Pahang sebenarnya sudahpun disenaraikan sebagai Kawasan Larangan Memburu. 

Rabu lalu, KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta Kerajaan Pahang meneliti Inisiatif Sempadan Hijau Pahang membabitkan kawasan sempadan negeri merangkumi keluasan 54,350 hektar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *