15,000 pokok durian Musang King `tumbang’

15,000 pokok durian Musang King `tumbang’

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Raub: Operasi Pamah bertujuan menebang kira-kira 15,000 pokok durian Musang King haram dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam kini hampir selesai.

RAUB..Anggota polis memantau Operasi Pamah di Hutan Simpan Batu Talam.

Kerja menebang pokok itu dilakukan dalam sembilan oleh 100 individu terdiri daripada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad, berkata keupayaan menebang kira-kira 15,000 pokok dalam masa singkat adalah di luar jangkaan pihaknya.

RAUB..Anggota penguat kuasa memantau Operasi Pamah di Hutan Simpan Batu.

Menurutnya, beberapa faktor yang mempercepatkan aktiviti menebang ialah kemahiran tinggi di kalangan kakitangan JPNP walaupun operasi begitu mencabar.

“Pencapaian berkenaan begitu membanggakan, terutama apabila tugas dapat tugas diselesaikan dengan begitu pantas sekali,” katanya, di sini, hari ini.

Nor Azirim berkata, kerjasama erat secara berpasukan antara kakitangan JPNP dengan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) turut menjadi faktor kerja penebangan pokok menjadi mudah dan pantas.

RAUB..kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang terbabit dengan aktiviti menebang pokok durian Musang King pada Operasi Pamah di Hutan Simpan Batu.

Katanya, tugas seterusnya ialah membersihkan tapak untuk kerja menanam pokok hutan dalam hutan simpan terbabit.

“Aktiviti menanam pokok hutan perlu dilakukan segera secara berperingkat. Lebih 20,000 pokok hutan akan ditanam dalam hutan simpan terbabit,” katanya. 

Operasi Pamah bermula 3 Julai lalu membabitkan kawasan 101 hektar dalam kawasan HSK Batu Talam yang diteroka secara haram dan ditanam durian Musang King.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *