TFC II, Kelantan United jadi pilihan Sri Pahang untuk aksi persahabatan

TFC II, Kelantan United jadi pilihan Sri Pahang untuk aksi persahabatan

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sri Pahang FC memilih Terengganu FC (TFC) II dan Kelantan United untuk aksi persahabatan sebelum saingan Liga Super kembali bersambung pada 24 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Mohammed Suffian Awang berkata, pemilihan dua kelab dari Liga Perdana itu diharap dapat membantu memperkasakan pasukan.

“Dua aksi persahabatan ini dijadual diadakan minggu depan tetapi ia bergantung kepada situasi semasa kes penularan COVID-19.

“Sekiranya mendapat kebenaran, segala SOP (prosedur operasi standard) akan diberikan perhatian utama seperti yang ditetapkan MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya.

Justeru, beliau meminta semua pemain dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Super nanti.

“Saya mengharapkan keputusan terbaik dalam dua perlawanan ini selepas liga berehat lebih dua bulan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *