UMNO Indera Mahkota terus bela nasib golongan terjejas akibat COVID-19

UMNO Indera Mahkota terus bela nasib golongan terjejas akibat COVID-19

Kamal Ismail

kabhiismail@fikrahpahang.com.my

Gambar Kamal Ismail

KUANTAN: UMNO Bahagian Indera Mahkota mengambil inisiatif membantu pelbagai golongan yang terjejas akibat COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini sejak awal bulan ini.

Bantuan itu disempurnakan Ketua UMNO bahagian berkenaan, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid yang menyampaikan bakul makanan kepada Persatuan Orang Pekak dan Bisu Pahang yang diwakili Presidennya, Mohamad Hoe Abdullah di sini, hari ini.

KUANTAN 13 JULAI 2012. Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Indera Mustaffar Kamal  Ab. Hamid menyerahkan satu set kanopi baru kepada Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Indera Mahkota,  bagi mengantikan yang telah rosak.

Mustaffar Kamal jugaberkesempatan menyerahkan satu set kanopi baru untuk kegunaan Klinik Kesihatan Indera Mahkota.

Menurutnya, semangat berkongsi rezeki seperti itu amat diperlukan oleh semua pihak dalam suasana PKPD.

KUANTAN 13 JULAI 2021. Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid menyampaikan bantuan Bakul Makanan kepada Presiden Persatuan Orang Pekak dan Bisu Pahang, Mohamad Hoe Abdullah yang mewakili  golongan Orang Upaya (OKU)

“Saya percaya sumbangan ini memberi banyak makna kepada penerima dan berharap ia menjadi titik tolak untuk lebih ramai lagi turut serta menghulurkan bantuan serupa,” katanya kepada Fikrah Pahang, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *