Kerajaan Negeri salur 141,600 botol air minuman ke kawasan terjejas bekalan air di Keratong, Ibam dan Muadzam Shah

Kerajaan Negeri salur 141,600 botol air minuman ke kawasan terjejas bekalan air di Keratong, Ibam dan Muadzam Shah

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Kerajaan Pahang mengambil inisiatif menghantar 11,800 kotak mengandungi 141,600 botol air minuman bagi membantu penduduk yang terjejas bekalan air di Keratong, Ibam dan Muadzam Shah, Rompin sejak minggu lalu, 

Pejabat Menteri Besar menerusi kenyataan media dikeluarkan hari ini memaklumkan bahawa setiap botol berkandungan 1.5 liter dihantar untuk diagihkan bagi kegunaan penduduk terbabit. 

Muadzam Shah 14 Julai 2021. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah, Ir Razali Kassim (kanan) gimik penerimaan botol air minuman sumbangan Kerajaan Negeri bagi membantu penduduk yang terjejas bekalan air sejak Rabu lepas.

“Ini bermakna 212,400 liter air minuman dihantar untuk diagih-agihkan bagi kegunaan penduduk terbabit selain tambahan lagi 150 botol berkandungan 10 liter setiap botol.

“Penghantaran dibuat menerusi lori dan lori panjang milik Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Daerah Rompin (MDR) dan swasta serta disalurkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ibam dan Muadzam Shah untuk agihan kepada penduduk terbabit,” petik kenyataan berkenaan. 

Muadzam Shah 14 Julai 2021. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah, Ir Razali Kassim (kiri)  melihat  botol air minuman sumbangan Kerajaan Negeri  yang akan diedarkan kepada penduduk yang terjejas  akibat terputus bekalan air berikutan pencemaran.

Menurut kenyataan itu lagi, atas sikap mengambil berat Kerajaan Pahang terhadap masalah penduduk terbabit juga, sebanyak 195 tangki air statik telah ditempatkan di kawasan tertentu, manakala air dibekalkan menerusi lebih 20 lori tangki.

“Atas sikap serupa juga, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan diringi Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail telah perkenan mencemar duli berangkat ke kawasan terjejas pagi semalam,” jelas kenyataan itu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *